OnPay Rasmi Kutipan Dana Pembangunan Surau Jabal Nur,Setia Impian,Kajang.


INFAQ PEMBANGUNAN FASA PERTAMA 

SURAU JABAL NUR,SETIA IMPIAN,KAJANG








Surau Jabal Nur bukan sekadar tempat solat ia adalah ruang tenang untuk

kita kembali kepada Allah setelah penat berjuang setiap hari.

Bayangkan sebuah surau yang hidup dengan doa,
dipenuhi suara anak-anak mengaji,
dan menjadi tempat masyarakat berkumpul dalam kasih sayang.

Kami dalam perjalanan membina rumah Allah ini,
dan kami percaya…

kebaikan besar bermula daripada hati-hati kecil yang sudi membantu.

Ayuh, bersama hidupkan Surau Jabal Nur.
Kerana setiap sokongan, walau sehalus zarah,
menjadi cahaya yang mengiringi kita sampai ke akhirat.


KAMI KONGSIKAN ILLUSTRASI GAMBARAN 3D SURAU JABAL NUR,SETIA IMPIAN,KAJANG






























Kadang-kadang, sebelum sesuatu menjadi kenyataan…
Allah tunjukkan dulu bayangannya.

Begitulah perjalanan Surau Jabal Nur.
Hari ini, kami hanya mampu melihatnya dalam bentuk gambaran 3D 
indah, tenang, dan penuh harapan.

Melihat model itu membuat kami terhenti seketika…
“Ya Allah, beginilah rupanya rumah-Mu yang ingin kami bina.”

Namun di sebalik gambaran itu, ada rasa sebak.
Untuk melihatnya berdiri sebagai bangunan sebenar,
untuk mendengar azan berkumandang di dalamnya,
untuk menghidupkan majlis ilmu setiap minggu 
dana kami masih belum mencukupi.

Tapi kami percaya…
rumah Allah tidak dibina oleh tangan-tangan yang kaya,
tetapi oleh hati-hati yang ikhlas.

Jika hari ini anda tergerak hati untuk membantu,
ketahuilah… gerakan itu datang daripada Allah.
Dan mungkin inilah amal yang akan menjadi peneman kita
pada hari tiada lagi yang mampu membantu.

???? Jom bersama realisasikan Surau Jabal Nur.

Semoga Allah memilih kita menjadi sebahagian daripada pembina rumah-Nya.
Aamiin.

Untuk membawa Surau Jabal Nur dari gambaran 3D kepada realiti,
kami memerlukan RM1.4 juta sebagai permulaan pembinaan.

Semoga ada hati-hati baik yang dipilih Allah
untuk menjadi sebahagian daripada amal jariah ini.






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Surau Jabal Nur RM 50
Wakaf Surau Jabal Nur RM 100
Wakaf Surau Jabal Nur Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG